Monday 11 November 2013

Lunch Plan tak menjadi

Disebabkan lambat buat appointment dgn hasben.. So dia tak ready pon nak datang pergi lunch sama2.. Padan muke saya... Hari ni saya sihat.. Terima kasih Allah.. Dalam sihat2 ni.. Masih lagi ada rasa sakit kat dalam perut akibat pembedahan cyst. Harap2 cyst tak muncul dah.. Tolong doakan saya ya kawan2.. 15 hb ni jumpa doctor kat HUKM.. Xtau lah apa keputusan nya nanti. Plan adalah nak buat IVF, harap2 takde masalah.. Sape kawan2 yang pernah buat IVF tolong bagi komen ya.. Boleh kita kongsi pengalaman disini.. Sekian... Love Allah... Love all my friends..

Wednesday 27 February 2013

Debaran..Lagi 21 hari

Lunch time hari ni malas lak nak kua makan.
So nak citer pasal malam tadi, aku ade guna sauna pants yang aku beli produk Nazcon Sauna.
Sebelom guna sauna pant tu, aku letak dulu cream panas yang memang khas untuk wanita2 yang nak slim lah. Baru jer 2 minit pakai memang terasa bahangnye, so mmg berfungsilah sauna ni kan.

Tapi yang peliknya, lepas lebih kurang 10 minit bersauna, perut aku rasa semacam. Patutnya suggestion time untuk setiap sesi sauna adalah 50 minit. Tapi ni tak sampai 10 minit aku da rasa macam kembung betol perut ni. Sebelom ni aku pakai xde la rasa camni. Aku syak sebab aku ade ovarian cyst, badan aku xboleh high temperature lah... Betul ke?? Atau ni cuma perasaan aku jer.

Lagi satu, bulan lepas masa aku demam high-fever punya... Aku memang ada rasa kembung perut. Nasib baik plan aku nak g urut tradisional tak diizinkan tuhan. Kalau tidak mesti sakit kena urut ngan mak bidan tu walhal aku ade cyst. Sebab masa tu aku xtau lagi sampai lah aku demam dan p check kat klinik.

Lepas bersauna tu...Aku mula la terfikir cerita2 yang aku baca berkenaan pembedahan. Menurut suami aku, dia cakap selepas 2 tahun pembedahan baru dapat hamil sebab ambil masa untuk luka pembedahan betul2 sembuh.
Kalau lah aku kena tunggu 2 tahun lagi, maknanya usia perkahwinan kami genap 3 tahun baru aku ada peluang nak ada baby. Lamanya....Boleh ke aku bertahan? Yang penting lagi, boleh ke suami aku bertahan? Kesiannya dia... Rasa bersalah sangat2...

Apa-apa pon aku kena reda.

Lagi 21 hari aku akan dibedah. Aku kena cool aje. Kalau boleh tak nak susahkan sape2 nanti.

Ya Allah, kuatkan lah semangat hamba mu.

Monday 25 February 2013

Pembedahan Buang Cyst Ovari

Salam sume...

Januari yang lepas saya disahkan ade cyst. Masa scan, doktor ukur saiz 7cmx9cm kat dua-dua belah, kiri dan kanan ovari. Sebelum ni saya xtau pon saya ade cyst.

Saya tau je ade cyst ni pon sebab demam tinggi. Suhu sampai 39.5 degree. Perut rasa kembung. So masa check demam tu saya suruh doktor periksa sekali perut sebab da xtahan sangat angin kembung kat perut. Check punya check, doktor cakap bengkak besar jgk ni. Ditekan-tekan xde sakit. Pastu doktor tu suruh la gi scan kat bahagian klinik ibu2 mengandung. Dari situ lah baru saya tau ade cyst.

Sekarang saya kena jaga pemakanan, takut2 nanti cyst tu mencapai tahap maksimum dalam perut ni pecah pulak kan. Ade macam2 petua yang saya baca kat internet cara macam mana nak kecikkan cyst ni. Antaranya:

1. Makan buah peria, tak kesah la buat ulam ke, masak ke... Ade jgk yang mengatakan minum air akar peria... Tapi saya xde lah minum sebab susah kot nak dapatkan akar peria ni. Pokok peria pon saya xpernah tgk.

2. Ambil supplement Shaklee (GLA Complex). Ikot testimoni pengguna GLA Complex ni, diorg ckp boleh mengecilkan cyst sekaligus boleh elakkan pembedahan, sebab cyst ni boleh berulang eventhough dah operate buang.

3. Ade jugak ckp produk DCL iaitu Bidadari boleh kecikkan cyst dan kesuburan utk senang hamil.

4. Ade jugak produk2 lain yang mengatakan produk diorg boleh kecikkan cyst. Korang boleh search sendiri kat internet produk2 ni.

Sementara menunggu nak operate pertengahan March ni, saya akan berusaha sedaya yang boleh untuk kecikkan cyst ni walaupon masa dah suntuk sangat. Tinggal lagi lebih kurang 23 hari lagi, doakan semoga semua berjalan lancar dengan keputusan yang baik.

Sekian... Ada masa nanti saya akan update... :) I Love Allah

Sunday 3 February 2013

Suami Isteri Sampai Syurga

Salam hari Isnin... :)

Hari ni tetiba rasa nak tulis something kat blog...kenapa tiba2 nak berblog yer... kenapa tak bermuka buku bila ada sesuatu bermain di fikiran sedangkan FB skrg terkenal ngan laman post status?? kenapa lak aku memilih nak menulis kat blog plak...buang tebiat ke?

Hehe..padahal tajuk tak berkaitan pon ngan ape aku membebel skrg ni... huhu tulah akibat dari 1st time menulis...Berbalik pada tajuk, hari ni aku kebosanan kat tempat keje...makanya segala nota2...resepi2..yg aku ade save dlm PC ni aku bukak and baca semula...1 artikel yang aku save tu bertajuk "Petua Cinta Suami"...Ni artikel aku copy dari blog orang lain gak sebagai reference utk aku menghadapi hari2 sebagai isteri...wahaha...sejak bergelar isteri ni aku da pandai dah..bermadah segala...mencari petua bagai...Ni lah salah satu ayat dalam artikel tu:


"Tidaklah seorang perempuan menyakiti hati suaminya di dunia, melainkan bidadari calon isterinya (di akhirat) berkata, "Janganlah engkau sakiti dia, Allah s.w.t. membencimu. Sesungguhnya dia di sisimu hanya sementara waktu, dan akan berpisah dari mu untuk berkumpul dengan kami." (HR Ahmad).

Bila aku baca Hadis ni, aku jadi jeles lah puleekk... jeles kat sapa tu??? Aku jeles kat bidadari ke? HAi belom ape2 lagi da timbul perasaan jeles..Di akhirat nanti, kalau suami isteri dua-dua nya masuk syurga akan dapat bersama balik kedua-duanya... Sesetengah wanita yang dah kematian suami kadang2 memilih untuk single sampai akhir hayat mereka walaupon da byk rombongan dtg meminang, org dok merisik..kenapa wanita2 ni tak nak kawen semula ya??
Sebab mereka nak bersama/berjumpa balik suami mereka disyurga jika mereka dimasukkan oleh ALLAH ke syurga...
Tapi jika wanita kematian suami ni berkahwin semula dengan lelaki lain.. JAdi dia xdpt jumpa semula dgn suami dia yg dulu kat syurga sebab: 

“Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.
So... sape2 yang bergelar isteri dan nak bersama suaminya sampai syurga...kena la ikut perintah Allah, beramal untuk ke syurga bersama suami... jika suami ditakdirkan pergi dulu berjumpaNya...Si isteri dapat berjumpa lagi dengan si suami jika tak berkahwin lain... 

Pasal aku jeles tadi kenapa plak yer?? Aku jeles kat bidadari Syurga tu.... wuhuuu...tetiba aku ingat kata2 suami aku beberapa hari lepas..Aku cakap"gedik betol perempuan tu, datang duduk kat abg, konon abg nak layan dia lah tu".. Aku cakap kat suami aku bila ada sorang gadis tu mendekati suami aku yg sedang memancing... Dia ada bercakap2 ngan suami aku, tapi aku agak dia saja buat2 tanya...konon mesra alam lah tu...Dia xnampak ke ade sorg perempuan pon tgh mancing kat sebelah hasben aku ni. PAstu hasben aku cakap ape kat aku bila aku ckap camtu?? Hasben:"Confident betol Syg ni, cakap abg xnak layan gadis tu, mana sayang tau abg nak layan ke x?".. Aku sengih jer la... Sebab tu gak la aku jeles... Aku sebenar xconfident yang aku dpt bersama suami lepas mati...Sebab xconfident ni lah aku jadi macam terbayang bidadari syurga ni pulak ambik alih tempat aku disisi suami aku....huhuhu...geram...geram... Jadi moral of  story...Aku kena berusaha jadi isteri yang solehah dan hamba yang patuh pada Allah supaya aku dapat bersama suami jika kami dikurniakan syurga di akhirat kelak...

Tu jer buat masa ni... Nanti aku nak baca balik ape aku tulis.. Ntah2 aku mengarut ajer hari ni.. Harap2 bermanfaatlah tulisan ni...

Love you hasben (Asrul Affendi)







Friday 28 September 2012

Tempahan Gate, Awning, Grille, Railing dan Kerja-kerja Besi

Kami berpengalaman dalam kerja-kerja besi, selain kerja-kerja membuat barangan berasaskan kayu dan kaca. 

Anda boleh melihat contoh-contoh kerja besi yang kami poskan gambarnya diblog ini sebagai panduan untuk anda menempah barangan besi yang anda ingini. Selain dari contoh-contoh yang kami sediakan, anda juga boleh memberi cadangan/rekaan anda sendiri untuk kami jadikannya realiti. 

Jika anda berminat untuk mendapatkan perkhidmatan kami, membuat barangan berasaskan besi dan aluminium silalah segera menghubungi kami pada bila-bila masa.

Alamat kami: D38 Solution, Lorong Kedai Tokong, 48000 Rawang, Selangor.
Telefon: